Saturday, April 4, 2009

SAyA TiDaK bERzINa

Maaf saya tidak menuduh awak berzina
,tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang,.
Bertanya khabar, minum-minum di kafe.
Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan
pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami
tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya.Esok mungkin kamu
kecundang.Iblis akan memerangkap
kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu
dayanya sangat halus. Ia telah menipu
moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.
Iblis amat licik. Ingat ,pesanan
Rasulullah :Janganlah engkau
bersendirian denga seorang wanita
kecuali yang ketiganya ,syaitan
(Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu
daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta*
menjurus kepada penzinaan. Ada yang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS
sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka.
Tapi perasaan pasti bergelora,lambat
laun desakan nafsu dan perasaan serta
hasutan Iblis akan mengheret kepada
suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak
akan terhenti disitu sahaja.Percayalah,
ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh
membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?
Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang-pegangan, ada
zina mata iaitu melihat kekasih dengan
perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan
khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh
Rasulullah : Kedua-dua tangan juga
berzina dan zinanya adalah menyentuh.
Kedua kaki juga berzina dan zinanya
menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
berzina dan zinanya adalah ciuman
(muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan
menuju kepada perzinaan amat banyak.
Jangan biarkan diri kita melalui
mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?
Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes
belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan
tipu. Allah tahu apa yang terselit di
dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar
nak keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
Allah, kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup di dunia tidak
bahagia,akhirat lagi lah. Jangan
berselindung disebalik pelajaran yang
mulia. Allah suka kepada orang berilmu.
Jadi belajar hendaklah ikut batas dan
ketentuan Allah. Belajar akan jadi
ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan
ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni
Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja,
manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua
sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye
pun, carilah group study ramai sikit.
Kalau duduk berdua-duaan macam
ni...betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang
pelajaran, yang lain tu... banyak masa
dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak
kurang sihat ke? Ingat, kita bukan
malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan menafikan fitrah manusia. Kita
ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study
group*, saling memberi semangat dan
motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh
dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan
motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita.
Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih
tenang perasaan, tidak terganggu, dapat
berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang
dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada
kesempurnaan kejadian manusia. Naluri
ingin memiliki dan suka kalau dimiliki
(sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri
seseorang, tak normal namanya.

Maka terpulangla pd diri sendiri..tpuk
dada tny iman =)

No comments:

Post a Comment