Thursday, May 14, 2009

CeRItA aYaM OtAi

Satu hari seorang penternak ayam di pinggir bandar pergi membeli seekor ayam jantan jaguh muda untuk mengawankan ayam-ayam betinanya. Setiba di rumah, penternak ayam itu pun segera masukkan ayam jaguh barunya itu ke dalam reban supaya dapat terus 'bekerja'.
Ayam jaguh muda itu pun berjalan ke arah ayam jantan tua di dalam reban itu lalu berkata, "OK, ayam tua, pegi la dok kat luar tu, engkau kira dah pencen la. " Ayam tua itu pun berkata,
"Engkau takkan la boleh handle semua ayam-ayam aweks ni... tengok je la apa dah jadi kat aku nih..."
Ayam jaguh muda sambung mengejek dengan angkuh, "Dah la tu pakcik, jangan la nak dolak dalih... pegi aje la, jangan nak susahkan aku. Dah tiba masa untuk si jaguh berdarah panas pulak amik alih, pegi! Pegi main jauh-jauh!"

Ayam jantan tua itu pun berkata, "Alaa... kemmon la... bagi la kat aku dua ekor je ayam betina yang dah tua sikit untuk aku buat geli-geli kat ujung reban nih. Aku janji tak kacau engkau."
Ayam jaguh muda itu pun naik berang lalu mengherdik ayam jantan tua itu, "Hoi!! Tak paham bahasa ayam ke??? Aku kata pegi, pegi la... sepak kang si tua nih!"
Ayam tua itu pun berfikir sebentar dan berkata dengan sopan, "OK la hensem. Cam ni la. Kita race keliling kebun kat depan nih. Sapa menang, dia jadik chief ayam kat reban nih dan dapat semua ayam betina kat sini. Amacam? Aku ni dah tua, engkau bagi la aku start dulu ek...takkan engkau tak leh menang. Kalau aku kalah pun sekurang-kurangnya ayam betina lain tau engkau dah kalahkan aku dan aku dah tak layak lagi mengawan dengan diorang tu...Engkau pun nanti nampak lagi macho..."
Ayam jaguh muda sambil tersenyum akibat dibodek pun berkata, "Hmm... OK jugak tu." Maka, seperti racing F1, semua ayam-ayam betina pun berkumpul depan reban melihatkan ayam tua mula berlari sambil ayam-ayam betina bersorak-sorak. Selepas 15 saat, ayam jaguh muda pun mula berlari mengejar ayam tua.
Ketika mereka berlari di depan rumah penternak, ayam jaguh muda sudah hampir memotong ayam tua dan berada kira-kira tiga langkah sahaja di belakang ayam tua. Ayam tua berlari sambil menjerit sekuat-kuat hatinya seperti ayam gila. Ayam jaguh muda sudah membayangkan waktu dia bergembira dengan dayang-dayang yang cantik molek.
Penternak yang sedang berehat di laman rumah mendongak melihat 2 ekor ayamnya kejar mengejar, terus mencapai senapang patahnya dan...
BOOM! Dia menembak ayam jaguh muda itu yang tercampak dan terus mati. Penternak itu menggeleng kepala, menoleh kepada isterinya dan berkata, 'Cipan betul lah Ma... Tu dah ayam jaguh ketiga Pa beli minggu ni yang h0m0seks!'

2 comments: