Thursday, July 16, 2009

Pengguna Facebook cecah 250 juta

SAN FRANCISCO: Pelopor laman sosial paling popular, Facebook, Mark Zuckerberg berkata jumlah pengguna yang menyertai perkhidmatan rangkaian sosial onlinenya kini mencecah 250 juta orang.

"Pertumbuhan menggalakkan itu amat mengujakan. Bagi kami, pertumbuhan sehingga 250 juta pengguna bukan sekadar nombor yang amat memberangsangkan, malah ia membuktikan berapa banyak hubungan yang berjaya dibuat oleh mereka," katanya di dalam blog rasmi Facebook.

Facebook diwujudkan pada 2004 dan menjadi semakin popular meninggalkan MySapce. - Agensi

No comments:

Post a Comment